Nabi  Muhammad 
SAW  terkenal  dengan 
sifat  terpuji dalam  kalangan 
masyarakat  Arab. Baginda  diberi 
gelaran Al-Amin. Sbelum 
dilantik  menjadi  Rasul, baginda mengasingkan  diri daripada kaumnya  yang 
sesat  dan  tidak berakhlak. Baginda  memilih 
Gua  Hira'  yang 
terletak  di 'Jabal Nur'
sebagai  tempat  beribadat.
Baginda  beribadat 
beberapa  malam  sebelum 
pulang menemui  keluarganya  bagi 
mengambil bekalan  yang
disediakan  oleh  isterinya, Saiditina  Khadijah 
binti Khuwailid. Baginda  berulang
alik  ke 
Gua  Hira'  sehinggalah wahyu  diturunkan 
kepada  baginda.
Peristiwa di Gua Hira' Pada hari
Isnin, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, ketika Nabi Muhammad SAW sedang
beribadat di Gua Hira', tiba-tiba datang Malaikat Jibril membawa wahyu yang
pertama. Maka berlaku dialog antara Malaikat Jibril dengan Nabi Muhammad SAW.
Selepas itu, Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad SAW
dengan sekuat-kuatnya sehingga baginda sukar bernafas. Kemudian dilepaskan
tetapi diulanginya supaya Nabi Muhammad SAW membaca sekali lagi. Jawapan yang
sama telah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa baginda tidak tahu membaca.
Nabi berasa gementar lalu baginda bertanya, "Apa yang saya hendak
baca?" Malaikat Jibril menjawab, " Kemudian Jibril menyuruh nabi
membaca :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ{1}
خَلَقَ الإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ{2} اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ{3} الَّذِي عَلَّمَ
بِالْقَلَمِ{4} عَلَّمَ الإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ{5
" Maksudnya : Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama
Tuhanmu Yang Menciptakan (sekalian makhluk) [ 1 ]. Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku [ 2 ]. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah [ 3 ]. Yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan [ 4 ]. Ia mengajarkan manusia apa
yang tidak diketahuinya [ 5 ]. "
Nabi Muhammad SAW pun membaca apa yang diajarkan oleh Malaikat
Jibril. Setelah itu Malaikat Jibril menghilangkan diri. Selepas  itu, Rasullah 
SAW pulang  ke rumah  dalam keadaan 
gementar, baginda  mendapatkan
Saiditina  Khadijah  dan 
bersabda, "selimutkan  aku,
selimutkan  aku." Saiditina  Khadijah 
segera  menyalimutkan baginda  sehingga 
hilang  rasa  takut. Baginda menceritakan apa  yang 
berlaku  keatas dirinya  dan 
Saiditina  Khadijah
menenangkan  Rasulluah saw.




0 comments:
Post a Comment