Assalamualaikum w.b.t
Post entry kali ini ingin berbicara tentang Kalamullah Al-Quran .Perkara penting
yang perlu kita fahami di dalam kalamullah al quran ini adalah pengertian, keistimewaan dan isi
kandungan al-Quran.
Pengertian al-Quran Al-Quran adalah kalam
Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Malaikat
Jibril.
Apa keistimewaan al-Quran?
Sebagai seorang Islam wajib mengimaninya kerana terkandung di dalam Rukun Iman
ketiga 'Beriman kepada kitab'. Seperti yang telah diketahui, al-Quran adalah
mukjizat agung yang telah dianugerahkan Allah kepada junjungan kita Nabi
Muhammad SAW. Jika dibincangkan secara mendalam terlalu banyak keistimewaan
al-Quran, namun perkara asas yang difikirkan logik hanya beberapa perkara yang
disampaikan di sini sebagai keutamaannya;
1. kekal sehingga hari kiamat.
Tidak akan ada kitab lain menggantinya.
2. sebagai penawar segala
penyakit. (terlalu banyak bukti)
3. keindahan gaya bahasa yang
tiada tandingan. (kenyataan sahih)
4. pembaca dan pendengarnya
mendapat pahala. (sudah terang lagi bersuluh)
Apa Isi kandungan al-Quran?
1. mengandungi perkara akidah dan
keimanan.
2. peraturan dan undang-undang
3. perkara akhlak dan
4. ilmu pengetahuan, tidak terhad
kepada ilmu agama sahaja.
5. kisah-kisah nabi dan rasul.
Bersama fikirkan mengapa al-Quran dijadikan kitab terakhir bagi menggantikan
semua kitab yang telah diturunkan Allah kepada nabi dan rasul yang lain?.
Tentu ada sebab dan musababnya.
Sememangnya sebagai insan biasa kita tidak akan mampu menafsirkan segala
kejadianNya, namun kita juga diperintah untuk berfikir.....berfikir dan
berfikir....jadi, fikir-fikirkanlah....dan selamat beramal dengan al-Quran.
0 comments:
Post a Comment