Thursday, 12 March 2015 0 comments

Adab Menuntut Ilmu

Sabda Rasulullah S.A.W," Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga". Riwayat Muslim.

Dari Anas Bin Malik r.a. , katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam". Riwayat Ibn Majah.



Dalam kita menuntut ilmu, terdapat adab2 yang perlu kita patuhi supaya ilmu yang akan kita perolehi diberkati dan diredhai oleh Allah Ta'ala...


Apa yang perlu kita lakukan supaya apa yang kita pelajari selama ini tidak lupa dan sentiasa berada di dalam ingatan seperti mana kata pujangga arab " العلم في الصدور وليس في السطور ".....


semoga info ini memberikan manfaat kepada pembaca semua...... InsyaAllah.... :)

0 comments

EXAM !!!!!

Sebagai seorang student...kita tidak akan dpt lari drpd menduduki peperiksaan...

Sempena minggu pepriksaan ini.... buatlah yg terbaik semaksima mungkin bg diri anda... 

Berilah kegembiraan kpd diri anda sendiri dengan usaha yang tidak berbelah bagi supaya apa yg anda inginkan pd pengakhiran nya merupaka satu kepuasan atas usaha yg telah anda lakukan.... 



Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).

Allah juga ada berfirman, "Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)". surah At-Thalaq : ayat 3.


*semoga kejayaan milik kita semua...InsyaAllah.... :) *


0 comments

Adab Ziarah Orang Sakit

Antara adab2 ziarah orang sakit ialah : -

Mendoakan orang yang sakit agar cepat sembuh

Menyampaikan kata2 yang baik

Memendekkan waktu ziarah

Sentiasa berkata dengan lemah lembut dan sopan

Kita disunatkan membawa buah tangan ketika menziarahi orang sakit

Tahukah anda jika kita melawat atau menziarahi orang yang sakit atau ditimpa musibah...akan memberikan semangat atau kegembiraan pada orang tersebut...

renung2 kan..... :)

*semoga entry ini memberikan info yg berguna kepada anda*

Wednesday, 11 March 2015 0 comments

Nabi Kita


Enjoy this video... :)
 
Hayatilah senikatanya....... :)


.....اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله سيدنا محمد


0 comments

Biodata Ringkas Nabi Muhammad


Nama                          : Muhammad Bin Abdullah
Nama Ayah                 : Abdullah Bin Abdul Mutalib
Nama Ibu                    : Aminah Binti Wahab
Tarikh Lahir                : 12 Rabiul Awal Tahun Gajah 
                                     (Bersamaan 20 April 570 Masihi)
Tempat Lahir              : Makkah
Bidang Kepakaran       : Profesional dalam segala bidang
Tarikh Wafat               : 632 Masihi (semasa berusia 63 tahun)
Tempat Wafat             : Madinah
 

Semoga perkongsian ini membantu anda...InsyaAllah... :)

Tuesday, 10 March 2015 5 comments

Mari Belajar Bahasa Arab


Isim Mufrad Muzakkar ( اسم مفرد مذكر )
Kalimah Isim Mufrad Muzakkar ditulis dengan huruf asal bagi kalimah itu seperti yang dilafazkan.
Contoh : تِلْمِيْذٌ / رَجُلٌ


Isim Mufrad Muannas ( اسم مفرد مؤنث )
Kalimah Isim Mufrad Muannas ditulis dengan menambah huruf Ta’ Marbuthoh تاء مربوطة ) " ة " ) diakhir kalimah dan huruf sebelum Ta’ Marbuthoh ( تاء مربوطة ) berbaris fathah (atas).
Contoh : مَرِيْضَةٌ / مُسْلِمَةٌ


Isim Muthanna Muzakkar ( اسم مثنى مذكر )
Kalimah Isim Muthanna Muzakkar ditulis dengan menambah huruf Alif ( ا ) dan Nun ( ن ) berbaris kasrah (bawah) diakhir kalimah asal "Isim Mufrad Muzakkar" dan huruf sebelum Alif ( ا ) berbaris fathah (atas).
Contoh : تِلْمِيْذَانِ / رِجْلَانِ


Isim Muthanna Muannas ( اسم مثنى مؤنث ) 
Huruf Ta’ Marbuthoh تاء مربوطة ) " ة " ) diakhir kalimah "Isim Mufrad Muannas" ditulis dengan huruf Ta’ Maftuhah ( ت ) berbaris fathah (atas) dan ditambah huruf Alif ( ا ) dan Nun ( ن ) berbaris kasrah (bawah) diakhir kalimah.
Contoh : مَرِيْضَتَانِ / مُسْلِمَتَانِ
 

Isim Jama’ Muzakkar Salim ( اسم جمع مذكر سالم )
Kalimah Isim Jama’ Muzakkar Salim ditulis dengan menambah huruf Wau ( و ) dan Nun ( ن ) berbaris fathah (atas) diakhir kalimah dan huruf sebelum Wau ( و ) berbaris dhommah (depan).
Contoh : مُسْلِمُونَ / صَالِحُونَ


Isim Jama’ Muannas Salim ( اسم جمع مؤنث سالم )
Kalimah Isim Jama’ Muannas Salim ditulis dengan menambah huruf Alif ( ا ) dan Ta’ Maftuhah
( ت ) diakhir kalimah dan huruf sebelum Alif ( ا ) berbaris fathah (atas).
Contoh : مُسْلِمَاتٌ/ سَيَّارَا ت 
 


Semoga bermanfaat.....
 
;